Thursday, 3 November 2011

APA PUNYA BANGANG!

Kata orang atasan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tu jelas kira kata pihak berkuasa.  Timbalan Pesuruhjayanya mengeluarkan kenyataan bahawa tiada unsur rasuah dalam pembelian binokular yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit itu.

Kemudian adalah hujjahnya.  Katanya pihak Jabatan Marina berkenaan membuat kesilapan kerana tidak mencari tahu harga pasaran.

Apa punya bangang!  Jawapan apa tu?  Adakah kerana mahu membela pegawai yang tak bertanggung-jawap atau ada tindakan pemimpin atau pihak atasan tertentu yang terpaksa dilindungi?

Saturday, 1 October 2011

KHASIAT BETIK

Mungkin ramai pun sudah tahu tentang khasiat betik.  Tapi aku tulis-kongsi jugalah.  Sekurangnya memberi peluang kepada yang belum tahu.

Masa awal Raya sakit perut.  Jenuh minum teh pekat dan makan pil chi kit teck on la.  Lepas tu sudah la susah ke tandas pula.

Inilah antara khasiat buah betik.  Karotena, vitamin C dan flavonoid berfungsi memecahkan serat makanan dan memudahkan untuk kita membuang air besar.

Selain itu betik juga baik untuk kulit.  Ini adalah kerana betik mengandungi vitamin A dan C, betik juga mengandungi zat kalium, kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin.

Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien-nutrien penting yang terkandung dalam betik juga menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

Friday, 16 September 2011

HARI MALAYSIA

Ramai staf terlupa bahawa hari ini adalah hari cuti.  Ya la dah banyak sangat cuti dan asyik beraya.  Masing-masing pun baru balik kerja.  Terlupa pulak tentang cuti Hari Malaysia.

Alang-alang cuti, ramai-ramai jenjalan beraya ke rumah staf yang tidak mengadakan hari terbuka raya.  Itu termasuk rumah aku laa!

Jenuh kelam kabut.  Nasib baik Mak tak komplen.  Malah Mak buat nasi himpit dan juga soto.  Jadi semua berjalan lancar.

Sempena Hari Malaysia, aku saja buat perubahan sikit.  Sekarang ada foto aku sendiri.  Ngeh hehe!

Tuesday, 30 August 2011

SAMBUT AIDILFITRI

Hari ini umat Islam yang benar-benar melaksanakan ibadah Ramadhan menyambut kedatangan Aidilfitri.  Alhamdulillah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Mohon maaf diatas segala salah silap.

Thursday, 4 August 2011

SALAM RAMADHAN

Umat Islam sudah berpuasa wajip Ramadhan untuk tahun ini.  Dengan tiba-tiba sana-sini jalanraya menjadi begitu sesak.

Sebenarnya ini bukan kerana orang terkejar mahu ke masjid.  Tapi ramai orang mahu mencari juadah di bazaar Ramadhan!

Sekarang ini memang sudah jadi budaya.  Bazaar Ramadhan menjadi tumpuan semua kaum yang bukan beragama Islam juga.  Mereka suka kerana pelabagai juadah ada dijual!

Sunday, 31 July 2011

BANGGA TAPI KECEWA

Tiba-tiba warga kita bangkit dengan penuh semangat menyokong pasukan bolasepak negara.  Tiket habis dijual untuk perlawanan kelayakan antara Malaysia dan Singapura Di Stadium Bukit Jalil.

Aku pun turut teruja dan bangga juga.  Apa tidaknya ini perlawanan yang berkaliber.

Tapi apabila Malaysia kecundang dan tidak layak ke pusingan kelayakan selanjutnya, ada penonton bertindak macam orang hilang akal dan tidak berpendidikan.  Ada sampai baling mercun.  Kecuh betul.

Walaupun mulanya rasa bangga, aku sudahnya kecewa pula.  Malu pun ada!

Saturday, 9 July 2011

BERSIH PATRIOT VS PIHAK BERKUASA

Melihat dan mendengar liputan berita melalui TV dan maya mengenai peristiwa melibatkan pasukan BERSIH, Patriot dan polis memang akan mencuit reaksi berbeza di kalangan kita.  Aku tukar-tukar channel untuk cuba mendapat berita sehampir tepat yang boleh.

Di bawah ini adalah salah satu gambar yang menunjukkan salah satu detik senario yang terjadi.  Aku dapat gambar ini melalui internet la.  Terima kasih kepada sumber gambar.

Kumpulan manusia ditembak dengan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa.

Semua orang boleh membuat rumusan sendiri.  Aku amat sedih dengan peristiwa seperti ini.  Kenapa harus ada kekerasan.