Monday, 27 June 2011

ALAHAI

Aku dah tak ada mood pulak ni.  Bila ramai sangat bagi warning itu dan ini dalam kita menjalani hidup ini, aku naik pening.

Memang kawan dan sedar semua berniat baik.  Mereka tidak mahu aku tersepit dengan keberadaan undang-undang yang ada.

Alahai negaraku!

Friday, 17 June 2011

AYAM GATAL

Hari ini baru tahu bahawa ayam sebenarnya menyumbang kepada kegatalan.  Tak pasti apa ada pada ayam.  Tapi apa yang jelas setelah pantang makan ayam untuk seminggu, gatal berkurangan.

Sejak beberapa bulan lepas, kulit rasa gatal terutamanya di bahagian lutut.  Pakar kulit kata sepertinya cenderung kepada eczema.  Beliau mencadangkan supaya mengawal diet dengan mengelakkan beberapa jenis kegemaran.  Antaranya ialah ayam.

Mengikut mata doktor apa yang membuatkan ayam termasuk di dalam golongan ini ialah suntikan bahan hormon kepada ayam.  Begitu juga bahan-bahan yang mempunyai bahan rangsangan kepada makanan seharian kita.

Banyak juga musuh sosial kepada kesihatan rupanya!

Sunday, 12 June 2011

JUARA AF9 MILIK HAZAMA

Berbaloi Hazama masuk Akademi Fantasia 9 (AF9).  Memang dari sejak dia menjejak masuk ke AF9 iaitu AF musim terakhir ini, dia berada di kelasnya yang tersendiri.

Malam ini terbukti Hazama memang diminati ramai.  Peminatnya memang sudah sedia ada.  Selepas masuk ke AF9, pasti dia turut menarik minat dari golongan baru juga.

Persembahan Hazama malam ini membuktikan dia adalah terbaik.  Memang tiada tandingan dari tiga finalis lain.  Datuk Ramli MS sendiri membuat pengakuan begitu.

Tahniah Hazama!  Anda layak bergelar Juara AF9 ini.

Thursday, 9 June 2011

KENAPA SISTEM ASYIK DRAG & HILANG

Aku tak tahu la samaada aku saja yang mengalaminya.  Mungkin ya mungkin tidak!

Sudah dua hari jadi begini.  Sekejap ada.  Bila aku nak masuk blog member, tup tup hilang!

Sebal betul aku!