Umat Islam sudah berpuasa wajip Ramadhan untuk tahun ini. Dengan tiba-tiba sana-sini jalanraya menjadi begitu sesak.
Sebenarnya ini bukan kerana orang terkejar mahu ke masjid. Tapi ramai orang mahu mencari juadah di bazaar Ramadhan!
Sekarang ini memang sudah jadi budaya. Bazaar Ramadhan menjadi tumpuan semua kaum yang bukan beragama Islam juga. Mereka suka kerana pelabagai juadah ada dijual!