Sunday, 12 June 2011

JUARA AF9 MILIK HAZAMA

Berbaloi Hazama masuk Akademi Fantasia 9 (AF9).  Memang dari sejak dia menjejak masuk ke AF9 iaitu AF musim terakhir ini, dia berada di kelasnya yang tersendiri.

Malam ini terbukti Hazama memang diminati ramai.  Peminatnya memang sudah sedia ada.  Selepas masuk ke AF9, pasti dia turut menarik minat dari golongan baru juga.

Persembahan Hazama malam ini membuktikan dia adalah terbaik.  Memang tiada tandingan dari tiga finalis lain.  Datuk Ramli MS sendiri membuat pengakuan begitu.

Tahniah Hazama!  Anda layak bergelar Juara AF9 ini.

1 comment: